Tuesday, May 25, 2010

kembali bercerita


setelah habis-habis berfikir, maka ini keputusannya aku kembali menulis kerana ia adalah terapi terbaik supaya gundah hati pergi jauh-jauh.

sepertinya di daerah dahulu, aku hilang sejak sibuk dengan kesihatan arwah abah sehinggalah abah pergi selamanya, Oktober lepas.

Terus aku tidurkan kisah di sana, kerana banyak yang payah untuk terus diingatkan. Maka di sini aku bermula kembali untuk bermonolog dengan bait-bait kata punya aku sendirinya, setakat ini belum berniat berkongsi dengan sesiapa, cuma andai ada yang ketemu selamat datang aku ucapkan.

dan di sini aku kembali, Monolog dan One!