Wednesday, July 14, 2010

lupa pulak mahu bermonolog!

lama pulak tertinggal aktiviti di sini, itulah saya bila sudah mula sibuk dengan tugasan dan tuntutan harian.

Oh, kelas saya untuk semester seterusnya juga sudah bermula!

banyak mahu dimonologkan, kadang-kadang rasa mahu lena lama-lama dan bangun semula di daerah lain, dengan insan-insan baru-baru.

Bukan benci, atau mahu kuburkan memori dulu-dulu tapi semakin letih, lebih-lebih lagi bila memikirkan mahu menjaga hati.

Cuma, satu bagi saya semua kita manusia, insan biasa yang mana mungkin sempurna tapi ada yang mendabik dada, bagai sudah yakin tempatnya di syurga, itulah manusia yang selalu lupa, kisah lalu mereka masih tersemat di dada!

pergilah, kalau itu penyudah terbaik, aku tak kan pernah takut sendiri :)

Tuesday, June 15, 2010

no, tidak!

no, it shouldn't be this way!

ini semua angkara syaitan musuh manusia!

Tuhan, dengan diri yang serendah-rendahnya, aku pohon jauhkan yang buruk-buruk, dan kembalikan dua hati mereka menjadi satu, aku meminta hanya pada-Mu Maha Pengasih dan Penyayang, Allah Maha Agung!

doa, aku yang sungguh-sungguh.

ujian datang di hari hati ini masih ada baki emosi.

ujian untuk seorang yang aku panggil kakak dan abang, dan yang aku sendiri mahu melihat keindahan menjadi penghujung garisan cinta mereka.

Tidak, itu bukan noktahnya!

kalau itu nilainya

beberapa kali sudah, sebenarnya!

dan semalam untuk ke sekian kalinya, ia sangat menyentuh jiwa bila nilai persahabatan itu hanya dilihat bila sedikit khilaf aku.

susah untuk membela diri, nanti pasti ada hati terguris seperti biasa lekas-lekas aku pandu arah bicara ke kawasan lain, mahu lupakan tapi jahat bisik syaitan berulang dia bisikkan pada telinga kala aku dihukum punya angkara.

ah, dan untuk kesekian kalinya juga aku cuba untuk tidak mahu difikirkan, kerana pada saat ini aku bukan pada situasi menang, biarpun aku di pihak benar, aku bukan siapa-siapa dan tidak sepenting mana.

pasti apa sahaja yang diperkata oleh milik dia itu yang sebenarnya walau mungkin dia sendiri tahu akan kisah yang sebetulnya.

dan bila sedikit aku terpesong, maka aku pengkhianat tetapi yang lepas-lepas yang aku tumpahkan segala, tiada sekelumit pun ucap terima kasih dan aku sedikitpun tidak ambil hati malah bukan aku mengungkit, tidak demi tuhan!

sebenarnya, kisah beberapa bulan lalu sudah buat aku nangis luka sedalamnya, sehingga esak seperti anak kecil, bila keikhlasan aku dimusykil dan hampir menuduh aku selingkuh, sekali lagi demi tuhan, aku bukan manusia sebegitu.

ah, jangan la cenggeng (air mata mula bergenang) tapi sakitnya terlalu dalam.

aku belum punya kekuatan untuk berkongsi kisah ini secara penuhnya pada sesiapa.

dan aku pujuk lagi diri, sudahlah demi persahabatan semua yang pahit aku cari manisnya.

TUHAN, moga aku makin tabah.

tapi, ia sangat sakit dan aku jauh hati.

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Tuesday, June 8, 2010

Beautiful Korean Song( Kiss : Because I'm a girl)




oh, what so special about this song? banyak aku ada kenangan tersendiri, it was introduced by my buddy ag, terus fall in love dengan ini lagu.

Frankly, i don't understand the lyrics because its korean kan, tapi bila nonton klip video u definitely got the message, the plot and the videos was shoot very nicely, aku suka dan faham.

sangat touched, dan bisa membuat kamu cenggeng, ya bila menangis jangan malu itu tandanya kita normal sebagai seorang insan yang ada hati dan perasaan.

lagu ini membangunkan memori kala kami bersahabat, bertelingkah dan paling indah kala diberi peluang keudara di radio sebagai dejaay, oh that was among my precious experience la, aku tak malu aku kami sangat dedicated!

this, song somehow taught me about life, pengorbanan, dan di sini aku belajar untuk rela menguris hati sendiri demi sebuah persahabtan, pernah selalu, kadang kala tak mahu, tapi belum jemu!

hati ini

memang minggu ini minggu emosi, entah kenapa cuaca mungkin oh ya pastinya rasa bisa sakit itu mungkin antara penyumbangnya.

kadang-kadang bila kita terlalu rapat, payah sungguh untuk melalaikan hati supaya tidak emosi, tapi itulah hakikatnya, serapat manapun kita sampai satu ketika kita sangat terhad, kita kadangkala memang bukan siapa-siapa, sakit macama mana pun itu hakikat yang mesti, oh wajib kita terima.

Jujur mungkin juga, keadaan aku kini buat semua itu lebih bercambah, terbawa-bawa, tapi sungguh hati ini kadangkala mahu menoktahkan segalanya, pergilah kerana aku bukan andalan untuk apa-apa pun, fasa aku sudah lama berlalu,

dan difikirkan lagi lebih baik aku terus jauh, supaya tidak ada konflik kerana aku!

entahlah, sekarang jurinya masa, andai ia berlaku maka aku serasanya kini bersedia.

Monday, June 7, 2010

dan begitulah aku

banyak yang mahu dimonologkan, tapi dek terlalu banyak kisah-kisah tertunda maka ia terbiar, haih aku tak mahu daerah baru ini terkubur, aku perlukan untuk terapi memujuk hati yang selalu terusik.

tiada apa yang menarik, cuma dua tiga hari mood berkurangan agak banyak kerana sakit montot, hahaha jangan ada andaian nakal ya! sakit ini akibat melantak ayam penyet pedas yang bersiri-siri turutannya.

Alhamdulillah makin berkurangan, dan bila pulih sepenuhnya nanti aku bernazar mahu puasa paling kurang pun sehari.

dua tiga hari lalu, rasa yang aku paling benci datang kembali, seperti biasa mula menyalahkan diri, bila fikirkan getir yang menanti, ah sampai emosi aku berbicara dengan makcik dan mak tadi, maaf bukan kemahuan fikiran tapi ia terlontar dengan sendiri, sakit sangat.

Syukur, aku segera balik pada hakikat semua ini ketentuan Tuhan, payah aku ada yang lebih lagi perit, ah mungkin emosi tidak seimbang dua tiga hari ini membikin rasa itu bercambah menjadi-jadi.

Oh, nanti aku mahu bicara mengenai rakan, kawan, sahabat atau apa sahaja la, nanti tunggu ya!