Wednesday, July 14, 2010

lupa pulak mahu bermonolog!

lama pulak tertinggal aktiviti di sini, itulah saya bila sudah mula sibuk dengan tugasan dan tuntutan harian.

Oh, kelas saya untuk semester seterusnya juga sudah bermula!

banyak mahu dimonologkan, kadang-kadang rasa mahu lena lama-lama dan bangun semula di daerah lain, dengan insan-insan baru-baru.

Bukan benci, atau mahu kuburkan memori dulu-dulu tapi semakin letih, lebih-lebih lagi bila memikirkan mahu menjaga hati.

Cuma, satu bagi saya semua kita manusia, insan biasa yang mana mungkin sempurna tapi ada yang mendabik dada, bagai sudah yakin tempatnya di syurga, itulah manusia yang selalu lupa, kisah lalu mereka masih tersemat di dada!

pergilah, kalau itu penyudah terbaik, aku tak kan pernah takut sendiri :)

No comments:

Post a Comment