Monday, June 7, 2010

dan begitulah aku

banyak yang mahu dimonologkan, tapi dek terlalu banyak kisah-kisah tertunda maka ia terbiar, haih aku tak mahu daerah baru ini terkubur, aku perlukan untuk terapi memujuk hati yang selalu terusik.

tiada apa yang menarik, cuma dua tiga hari mood berkurangan agak banyak kerana sakit montot, hahaha jangan ada andaian nakal ya! sakit ini akibat melantak ayam penyet pedas yang bersiri-siri turutannya.

Alhamdulillah makin berkurangan, dan bila pulih sepenuhnya nanti aku bernazar mahu puasa paling kurang pun sehari.

dua tiga hari lalu, rasa yang aku paling benci datang kembali, seperti biasa mula menyalahkan diri, bila fikirkan getir yang menanti, ah sampai emosi aku berbicara dengan makcik dan mak tadi, maaf bukan kemahuan fikiran tapi ia terlontar dengan sendiri, sakit sangat.

Syukur, aku segera balik pada hakikat semua ini ketentuan Tuhan, payah aku ada yang lebih lagi perit, ah mungkin emosi tidak seimbang dua tiga hari ini membikin rasa itu bercambah menjadi-jadi.

Oh, nanti aku mahu bicara mengenai rakan, kawan, sahabat atau apa sahaja la, nanti tunggu ya!

No comments:

Post a Comment