Tuesday, June 8, 2010

hati ini

memang minggu ini minggu emosi, entah kenapa cuaca mungkin oh ya pastinya rasa bisa sakit itu mungkin antara penyumbangnya.

kadang-kadang bila kita terlalu rapat, payah sungguh untuk melalaikan hati supaya tidak emosi, tapi itulah hakikatnya, serapat manapun kita sampai satu ketika kita sangat terhad, kita kadangkala memang bukan siapa-siapa, sakit macama mana pun itu hakikat yang mesti, oh wajib kita terima.

Jujur mungkin juga, keadaan aku kini buat semua itu lebih bercambah, terbawa-bawa, tapi sungguh hati ini kadangkala mahu menoktahkan segalanya, pergilah kerana aku bukan andalan untuk apa-apa pun, fasa aku sudah lama berlalu,

dan difikirkan lagi lebih baik aku terus jauh, supaya tidak ada konflik kerana aku!

entahlah, sekarang jurinya masa, andai ia berlaku maka aku serasanya kini bersedia.

No comments:

Post a Comment