Tuesday, June 15, 2010

kalau itu nilainya

beberapa kali sudah, sebenarnya!

dan semalam untuk ke sekian kalinya, ia sangat menyentuh jiwa bila nilai persahabatan itu hanya dilihat bila sedikit khilaf aku.

susah untuk membela diri, nanti pasti ada hati terguris seperti biasa lekas-lekas aku pandu arah bicara ke kawasan lain, mahu lupakan tapi jahat bisik syaitan berulang dia bisikkan pada telinga kala aku dihukum punya angkara.

ah, dan untuk kesekian kalinya juga aku cuba untuk tidak mahu difikirkan, kerana pada saat ini aku bukan pada situasi menang, biarpun aku di pihak benar, aku bukan siapa-siapa dan tidak sepenting mana.

pasti apa sahaja yang diperkata oleh milik dia itu yang sebenarnya walau mungkin dia sendiri tahu akan kisah yang sebetulnya.

dan bila sedikit aku terpesong, maka aku pengkhianat tetapi yang lepas-lepas yang aku tumpahkan segala, tiada sekelumit pun ucap terima kasih dan aku sedikitpun tidak ambil hati malah bukan aku mengungkit, tidak demi tuhan!

sebenarnya, kisah beberapa bulan lalu sudah buat aku nangis luka sedalamnya, sehingga esak seperti anak kecil, bila keikhlasan aku dimusykil dan hampir menuduh aku selingkuh, sekali lagi demi tuhan, aku bukan manusia sebegitu.

ah, jangan la cenggeng (air mata mula bergenang) tapi sakitnya terlalu dalam.

aku belum punya kekuatan untuk berkongsi kisah ini secara penuhnya pada sesiapa.

dan aku pujuk lagi diri, sudahlah demi persahabatan semua yang pahit aku cari manisnya.

TUHAN, moga aku makin tabah.

tapi, ia sangat sakit dan aku jauh hati.

No comments:

Post a Comment